Wednesday, April 2, 2014

SET KURUS SHAKLEE

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat semua????Dah lama ummi tak share kat sini...Ini pertanyaan dari seorang sahabat adik bongsu ummi...Semoga apa yang ummi kongsikan ini dapat memberikan manfaat buat sesiapa yang memerlukan.Jom kita tengok apa yang ada dalam SET KURUS SHAKLEE ni.....Terdapat beberapa proses yang perlu kita lalui.Antaranya:

Proses pemecahan lemak, boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak



Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.




Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.
Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

Untuk protein yang terbaik, ummi syorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu ummi syorkan mengambil ESP / Mealshakes..(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan)



Kenapa mesti mengambil protein?

Kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.


Kawan-kawan mesti tertanya-tanya mengapa mesti begitu banyak yang perlu diambil dalam set kurus Shaklee..Ini adalah kerana Set Shaklee tidak seperti Set Kurus jenama lain yang memberikan kesan dengan cepat dan tidak kekal..Selain itu, set lain memerlukan kawan-kawan untuk berpantang..Mesti kawan-kawan tidak mahu kan??Tetapi ini bukan bermakna kawan-kawan tidak perlu pantang jika mengambil Set Shaklee..Cuma kawan-kawan perlu mengurangkan LEMAK dan perlulah juga bersenam dan MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih cepat dan berkesan.
InsyaAllah.


Salam sayang dari ummi
JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Tuesday, February 25, 2014

SET HAMIL (trimester 2 & 3)

Assalamualaikum...kali ni jom kita tengok pula supplemen yang boleh / perlu diambil oleh ibu hamil (trimester 2 & 3).Tetap sama seperti set untuk trimester 1 cuma ada penambahan OMEGAGUARD dan ESP.



ESP (1 sudu besar sehari):
Sumber protein, non-GMO soy.

OmegaGuard (1 biji sehari):
Shaklee fish oil, sumber DHA & EPA untuk brain development baby & bantu kurangkan kolesterol buat si ibu. Sebaiknya di amalkan waktu trimester 2 & 3. Better consult dengan gynae bilakah waktu yang sesuai untuk mula makan fish oil.

*OmegaGuard: Ada keraguan mengenai kandungan EPA yang tinggi tidak sesuai untuk preggie moms. Dicadangkan tidak lebih 3g sehari. Sebab itu kita ambil sebiji sehari sahaja! Kandungan EPA yg tinggi dikhuatiri beri kesan pada perkembangan motor anak. Kelebihan Omega Shaklee ialah ia diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan. Dan ia ditapis, jadi benda- benda bahaya dah ditapis keluar. Bagi fish oil yg dibuat dari cod liver oil (hati ikan), boleh jadi toksik jika berlebihan.


Antara Supplement lain yang dicadangkan :


MEAL SHAKES DAN PERFORMANCE DRINK




Meal Shakes (1 sudu besar sehari):

Multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk, yang mengandungi protein dan fiber. Sesuai di amalkan terutama peringkat awal kehamilan di mana ibu morning sickness, tak lalu makan, kerap muntah dll.

Performance Drink (PD)-ikut keperluan:
Badan terhidrat sentiasa terutama ketika cuaca panas terik, menghidap selesema/ demam, beri tenaga berpanjangan terutama jika ibu hamil & berpuasa. Lebih baik minum PD ini untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil/ normal. Ingat, wajib simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Tak perlu minum hari2 pun, minum jika perlu sahaja.


Salam sayang dari ummi
 
JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**




SET HAMIL (TRIMESTER 1)


Assalamualaikum

Jom kali ni kita tengok supplemen yang sesuai untuk ibu hamil (trimester 1).
 

Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin)
  • 1 biji sehari. Multivitamin lengkap dengan Zat Besi (Iron). Sesuai bagi ibu2 yang mengalami low Hb.
  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
  • Ia sangat bagus jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
  • Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
B-Complex
  • 1 biji sehari. B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
  • Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu
  • merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
  • 1 biji sehari. Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: selsema).
  • 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)
  • 2-4 biji sehari. Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
  • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
  • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
  • Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
Salam sayang dari ummi
JomUbahUntukSihat
 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Thursday, February 6, 2014

GABUNGAN LECITHIN & ALFALFA

Assalamualaikum
ummi baru sahaja mendapat sms dari seorang sahabat.Gembira sangat ummi!!! Beratnya turun 4kg dalam masa 3 mggu mengamalkan gabungan Alfalfa & Lecithin.Sahabat ummi ni dah mencuba pelbagai produk sebelum ni.Alhamdulillah gabungan terbaik ini memberikan hasil yang diinginkan.

Pada sahabat2 lain yang ingin berdiet secara sihat, jangan malu dan segan jom sms ummi.Dapatkan pada harga yang menarik.


SET KURUS BAJET

Sahabat ummi ni telah menambah lagi stok Lecithin dan Alfalfa.Katanya badan terasa lebih ringan dan bertenaga.Pada yang berminat jom hubungi ummi...Ummi tumpang gembira.TERIMA KASIH YA ALLAH.


Salam sayang dari ummi
 
JomUbahUntukSihat
 

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

SUSTAINED RELEASE VITA -C

Assalamualaikum
Jom kita tengok apa manfaat VITAMIN C Shaklee!!!MANFAAT UTAMA :

Membentuk Kolagen
- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel
darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun,pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan
penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



 PETIKAN DARI MAJALAH MINGGUAN WANITA:

Gabungan yang hebat

Sukanya ummi...Banyak betul manfaat ditambah bila kita gabungkan bersama ESP dan Vita-E complex..fuhhhhh kesannya TERBAIK!!!Kawan2 yang ada masalah kulit atau yang sangat menitik beratkan kecantikan kulit jom cuba.Dapatkan pada harga istimewa!!!!Jangan malu dan segan jom hubungi ummi.

Salam sayang dari ummi
 
JomUbahUntukSihat

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**




Tuesday, February 4, 2014

ALFALFA COMPLEX

Assalamualaikum..
sahabat semua,
jom hari ni ummi nak share tentang alfalfa pula..Ummi sendiri dah lama amalkan alfalfa ni.Memang kesannya sangat menakjubkan!!!!TERIMA KASIH YA ALLAH.Yang paling ummi suka dapat pujian dari encik suami, badan pun dah kurang letih..Jumpa kawan2 sekolah @ kolej ramai yang tegur perbezaan.Kata mereka dulu nampak ummi kurang bermaya sekarang lebih ceria lebih bertenaga.Jom kita tengok apa lagi kelebihan alfalfa ni.Antaranya:



  • Meningkatkan keinginan seks kepada isteri
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada wanita
  • Membantu merawat keputihan kepada wanita
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sesuai untuk ibu menyusu
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi. Sesuai kepada pesakit gout
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu menegangkan payudara
  • Bertindak sebagai penyahtoksik kepada badan (detoks)
  • Membantu merawat asma atau lelah
  • Membantu merawat masalah sembelit
  • Membantu mencuci buah pinggang
  • Membantu merawat kencing kotor pada wanita
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan simptom menapous
  • Mengurangkan masalah gangguan usus dan perut/pencernaan - sesuai bagi yang mengalami masalah kembung, hyperasiditi, ulser perut, gastrik, hepatitis
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Memberi kelegaan semasa period
  • Mencegah edema - kandungan air berlebihan dalam badan
  • Mencegah dan merawat atritis
  • Membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol - sesuai bagi orang yang ingin kurus
  • Melawan alahan seperti resdung, masalah kulit, eczema, kurap dan bau badan
  • Mengawal kolestrol dalam darah-sesuai untuk pesakit jantung
  • Mengurangkan paras gula dalam darah - sesuai untuk pesakit diabetis
  • Membantu memulihkan urat ibu lepas bersalin
  • Membantu menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
Hmmm banyak manfaatnya alfalfa ni.Dengan harga yang mampu milik pastinya semua orang patut amalkan alfalfa ni...Berminat????Apa ditunggu lagi???
(*** antara manfaat yang ummi dapat ***)


JomUbahUntukSihat

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**
 

Monday, February 3, 2014

BERMINAT NAK SERTAI SHAKLEE????

Sejak Shaklee menjalankan sistem online sepenuhnya, pendaftaran ahli Shaklee hanya mengambil masa 5 minit!InsyaAllah tiada masalah bagi ummi untuk mendaftarkan anda sebagai ahli

Dengan menggunakan ID ummi : 960271 sebagai sponsor, anda akan menikmati peluang ini:
 
  • Side Income
  • Bantuan membuat blog - untuk naikkan rating dan sebagainya
  • Tips pemasaran
  • Group support yang sangat supportive - Perkongsian ilmu, motivasi dan lain-lain
  • Cara konsulatasi pelbagai masalah kesihatan
  • Keahlian seumur hidup
  • Penerangan bagaimana income dijana dengan Shaklee
  • Segala pertanyaan akan dilayan sebaiknya :)

PANTANG LARANG SUPPLEMEN

Tidak merasa manfaat setelah mengambil supplemen dan vitamin? Mari kita check senarai semak dan pantang larang ini!

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah… (amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan) untuk mendapatkan kesan / hasil dari pengambilan supplemen, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik kat sini.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

 3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1 hingga 2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

 4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

 5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

 6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
 **Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan insyaAllah ummi akan share lagi nanti ..apapun amalkan supplemen dengan cara orang yang berilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang diamalkan kerana kita tidak akan mendapat manfaat / khasiat yang sepatutnya.


JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

SUPPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum...
Jom kita tengok supplemen utk ibu yang menyusukan untuk kekal cergas dan bertenaga.Terdapat beberapa pilihan, terpulang pada si ibu mengikut kesesuaian masing2.

Set B - Vitalea dengan iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa
Set B ialah untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi dan lebih sesuai untuk ibu yang
- Tiada masalah penyusuan iaitu setiap kali pam, lebih 3oz susu diperoleh
- Mahu memperkayakan nutrisi dalam susu

Set E - Vitalea dengan iron formula, Vitamin B, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix
Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk melengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.
- Menghadapi masalah keletihan melampau
- Alah dengan susu lembu.
- Ada masalah kekurangan kalsium.
- Stress

Set 3M - Vitalea dengan iron formula, Vitamin B, Vitamin C, Alfalfa, ESP dan Ostematrix
Set yang mendapat permintaan ramai. Sesuai untuk ibu yang 
- Mempunyai bayi kembar
- Induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti
- Mahu kumpul stok
- Hasil susu tiap kali dipam kurang daripada satu oz
- Mempunyai masalah berat badan anak tidak naik tetapi berat badan ibu makin bertambah

Set Eu Four Pack - Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
Sesuai untuk ibu yang :-
- Mengandung dan mahu meneruskan penyusuan kepada anak yang sedia ada
- Cepat letih dan mempunyai alahan terhadap herba
- Hadapi masalah sakit belakang dan cramop

Sementara itu, untuk yang inginkan set bersalin lengkap, tambahlah zinc dalam Set 3M. Cadangan saya, pengambilan ESP amat membantu. Justeru, semua set di atas, sekiranya anda mahu, boleh ditambahkan ESP. Ia adalah minuman yang mengeyangkan terutama sekiranya dijadikan minuman sewaktu sarapan pagi dan sebelum tidur.

ESP
Energizing Soy Protein (ESP) mendapat pengiktirafan dunia. Kajian klinikal menunjukkan kualiti protein dalam ESP amat tinggi. Bersumberkan daripada bahan (tumbuhan) semulajadi memberi manfaat optimum kepada pengguna. Protein kacang soya adalah dua kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan empat kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

ESP berfungsi untuk membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon. Sesuai untuk :-

kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik, protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan,
memberi tenaga, membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit, membantu memekatkan dan perbanyakkan susu.

Peringatan :- G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA. Set penyusuan yang sesuai adalahVitalea+Bcomplex+Vitamin C+Ostematrix

PANDUAN ASAS PENGAMBILAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Di bawah ni ummi nak share panduan asas pengambilan Supplement Shaklee. Boleh tukar ikut kesesuaian.

Sustained Release Vitamin C 500mg ~1 biji after meal, kecuali untuk orang yg sakit teruk, perokok,
resdung teruk boleh cadangkan 2 biji setiap hari. Kalau demam pun boleh
amek 2 biji, patah dua supaya cepat diserap oleh badan.

Chewable Vita-C Plus 100mg ~ After Meal. Kanak-kanak: 1 biji sehari, Dewasa: 3-5 biji sehari.

B Complex ~ 1 biji after meal (After breakfast / lunch sbb vitamin ni memberi
tenaga). Kalau tgh under lots of stress, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi
& 1 biji tghari. Maximum pengambilan 4 biji sehari.

Vitalea ~ 1 biji after meal. Boleh ambil 2 biji untuk org yg ade masalah HB rendah, atau kurang darah. Tak boleh ambil bersama Vitamin E, GLA, susu/Ostematrix/kalsium pada masa yang sama kerana akan menghalang penyerapan iron.

Alfalfa  ~ maksimum 10 biji sehari after meal. Untuk ibu menyusu boleh suggest 2-3
biji sahaja setiap hari. Jika susu masih kurang dan untuk boost susu,
tambah 1 biji setiap kali selepas pam. Lepas tu tambahkan sikit-sikit.
Untuk kegunaan biasa, 2-3 biji sehari dah cukup. Untuk Set Diet boleh
ambil 10 biji sehari.

ESP ~ Max 3 sudu besar sehari. Boleh bancuh dgn apa2 minuman macam susu / milo / jus. Jangan
guna air panas sebab protein rosak dalam high temperature. Untuk ibu
mengandung dan menyusu, 1-2 sudu besar sehari dah cukup. Untuk
kanak-kanak, setengah atau 1 sudu besar sahaja.

Ostematrix ~ 2-4 biji sebelum tidur malam. Ini kerana masa tidur adalah masa paling lama kalsium boleh ada dlm badan. Biasanya, 2 biji sehari dah mencukupi. Tapi kalau orang yang langsung tak minum susu, boleh ambil 4 biji. Bagi yang ada sakit pinggang / belakang yang teruk boleh juga ambil 4 biji untuk hilangkan kesakitan tu.

Vitamin E ~ 1 biji after meal. Tak boleh ambil dengan dengan Vitalea, Alfafa, dan GLA pada masa yang sama kerana mengganggu penyerapan Vitamin E.

Nutriferon ~ 1-2 sachet seminggu untuk tingkatkan imunisasi. Atau boleh ambil bila perlu sahaja ketika sakit, demam, iaitu 1 sachet pagi dan 1 sachet malam hingga sembuh.

Meal Shakes ~ Dewasa: 1-2 sudu besar sehari. Kanak-kanak kecil: Setengah sudu teh. Kanak2 lebih besar: 1 sudu teh sehari. Bancuh dlm apa2 minuman sejuk/suam sahaja sebab protein rosak dalam temperature panas.

Performance Drink ~ Boleh ambil berapa banyak dan bila-bila masa. Ia macam air isotonik 100 Plus. Untuk bulan puasa, boleh ambil 1 sudu besar masa sahur dan 1 sudu besar masa berbuka.

Vivix ~ 1 sudu teh sebelum tidur / selepas breaskfast

Advance Joint Health Tablet (AJHT) ~ 2 biji sehari after meal. (1 biji after breaskfast & dinner)

Lecithin ~ Untuk slimming: 6 biji sehari after meal (3 biji after lunch &
dinner. Atau 2 biji after breakfast, lunch & dinner). Untuk
kecerdasan otak, rambut yg cantik dan lain2 : 1-2 biji sehari. 

GLA Complex ~ 1-2 biji sehari. 1 biji setiap selepas meal.

Omega Guard ~ Ibu hamil / menyusu : 1 biji sehari after meal; Orang biasa atau yang
nak slim: 3 biji sehari; Kanak-kanak kecil (1-3 tahun): 1 biji 2-3 kali
seminggu; Kanak-kanak yg lebih besar: 1 biji sehari.

Zinc ~ 1 biji before or after meal.

Collagen Powder ~ 1 sachet daily sebelum tidur malam

Herb Lax ~ 2-4 biji, 2-3 kali seminggu sebelum tidur malam.

DTX Complex ~ 1-2 biji sehari after meal

Garlic ~ 2 biji sehari after meal

Thursday, January 30, 2014

HADIAH UNTUK WANITA

Adakah anda sering mengalami situasi berikut:
  • Selalu letih, lesu & tidak bermaya?
  • Kulit kusam & berminyak?
  • Sering stress?
  • Jerawat di muka & badan ?
  • Resdung & alahan yang teruk?
  • Selalu tidak larat & malas bangun pagi?
  • Susu badan kurang (untuk ibu menyusu) ?
  • Haid tidak teratur?
  • Keputihan?
  • Berat badan berlebihan dan tidak mahu turun-turun?
 
Adakah masalah kesihatan yang dihadapi sekarang menjejaskan hidup anda?
 
Membuatkan anda kepenatan & stress sehingga tidak ceria sepanjang hari?
Nak mengadap kerja, anak-anak & suami pun tak larat?
 
Jangan sedih, jangan stress...
 
Tahukah bahawa itu adalah tanda badan anda kekurangan nutrisi & juga masalah hormon yang tidak stabil?
 
Anda perlukan BANTUAN
 
SHAKLEE BANTU ANDA UNTUK LEBIH SIHAT, CANTIK & MENAWAN
 
Rahsianya adalah dengan menggunakan 3 produk hebat ini!
 
ESP (Energizing Soy Protein)
[✔] Sumber protein berkualiti tinggi dan semulajadi, tanpa GMO
[✔] Produk PALING LARIS dari Shaklee
[✔] Menganjalkan otot
[✔] Menghaluskan kulit
[✔] Membantu mengatasi masalah selulit
[✔] Mengekalkan tenaga yang berpanjangan
[✔] Rasa kenyang lebih lama
[✔] Membantu program diet tanpa perlu berlapar
[✔] Menggalakkan penyusuan dan memekatkan susu (Milk Booster)
 
GLA COMPLEX
[✔] Menyeimbangkan hormon wanita
[✔] Mengatasi masalah haid tidak teratur
# Wanita PERIOD TAK TERATUR
# Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
# Wanita yang PUTUS HAID
# Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
# Wanita yang SENGGUGUT
 
[✔] Meningkatkan kesuburan & tingkatkan potensi untuk hamil
# Menghasilkan cecair serviks yaang berkualiti
# Membantu sperma hidup lebih lama (5hari)dalam saluran falopio
 
[✔] Membantu mencantikkan kulit
[✔] Membantu melancarkan aliran darah
[✔] Mengandungi Omega 6 & Vitamin E
[✔] Mencegah kolestrol tinggi & sakit jantung
 
 
ALFAFA COMPLEX
[✔] Produk paling digemari oleh para ibu & isteri!!!
[✔] Mengatasi masalah keputihan
[✔] Meningkatkan kelinciran di bahagian vagina
[✔] Menggalakkan penyusuan, susu melimpah ruah (Milk Booster)
[✔] Membantu membuang toksin dari usus dan darah
[✔] Tinggi fiber – menyerap dan menyingkirkan kolestrol
[✔] Mengatasi sembelit
[✔] Mengatasi masalah alahan dan resdung
 
Kombinasi produk-produk ni memang best - sihat luaran dan dalaman, lebih bertenaga sepanjang hari, malahan kulit akan menjadi lebih cantik dan halus.
 
Boleh ditambah dengan produk-produk berikut untuk mendapat lebih kebaikan:

# Vitamin E Sumber antioksida, kulit mulus & cantik, cegah kanser

# Vitamin C
Sumber antioksida, kulit cantik dan cerah, cegah kanser, tingkatkan imunisasi badan

# Vitamin B Complex
Tubuh cergas, bekal tenaga berpanjangan, beri mood ceria dan tenang, legakan kesakitan semasa haid

# Ostematrix

Sumber kalsium harian untuk atasi sakit belakang, sakit kaki, tulang dan sendi , legakan kesakitan semasa haid


**Nota: Kesemua produk diatas sesuai untuk semua golongan wanita - bujang, berkahwin atau yang telah berusia/ menapous

Sahabat semua, apa tunggu lagi????jom cepat




Salam sayang dari ummi
JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

 
 

VITA-E COMPLEX

Antara fungsi Vita-E Complex adalah:

 
  • Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
  • Antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
  • Bersifat anti-inflammatori
  • Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko penyakit katarak

  • Membantu kesuburan lelaki dan wanita
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
  • Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
  • Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
  • Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
  • Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku
Jom sahabat semua kita cuba.Berbaloi2!!!Jom sms untuk harga terbaik!!

ZINC COMPLEX

Assalamualaikum...sahabat semua, jom kali ni ummi nak share kebaikan zinc complex.Antaranya:

 

1.PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat.
Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.


2. EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik.
Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan pening dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.


3. JERAWAT

Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripada kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.


4. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh.
Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc.
Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.


5. GANGGUAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat.
Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser.
Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat.


6. MENURUNKAN BERAT BADAN

Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan megawal selera makan.


7. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA.
Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsure-unsur utama sel semasa kehanilan.


8. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.


9. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.


10. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.


11. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.


12. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.


13. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan.
Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.


14. BOTAK



Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan.
Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini.


15. KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh.
Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.
Mengambil Zinc Complex Shaklee mampu mengelakkan anda dari kehilangan tulang.


16. BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan.
Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

 

LECITHIN

Kebaikan Lecitin Shaklee
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

  • membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  • dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS

KATA- KATA DR FOREST C SHAKLEE

Semasa beliau ditanya akan alasan memilih perubatan chiropractor, berbanding menjadi seorang doctor perubatan, beliau berkata “ saya tidak memperkecilkan profesion sebagai seorang doctor perubatan, akan tetapi kami adalah dua bidang yang berlainan.Mereka dilatih untuk merawat penyakit, akan tetapi saya berminat untuk membina kesihatan”.

Dr. Forest C Shaklee

Tuesday, January 28, 2014

VITAMIN UNTUK TAMBAH BERAT BADAN

Assalamualaikum......selalunya kita dengar orang nak kurus atau slim bukan?
Tapi, dalam dunia ini ada jugak yang nak tambah berat tau... kita semua kan dijadikan dengan berbeza rupa dan bentuk so kalu ada yang terlebih berat, dah tentu ada juga yang sangat underweight... hmmm ummi ni dalam kategori apa yer??ummi dalam kategori yang sedang- sedang rasanya...

Jadi untuk tambah berat badan atau nak 'berisi' ni,antara cadangan vitamin yang sesuai ialah:

MEALSHAKES

VITAMIN B




VITALEA





Di bawah ini adalah contoh jadual pemakanan seseorang yang ingin tingkatkan berat badan!Jom kita baca

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak .janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu Mealshake)
mkn bcomplex (1biji).vitalea 1 biji(dgn plain water)

Makan roti, Minum susu 1 gelas

Siang /lunch:
Makan siang yg bergizi seperti biasa-nasi plus lauk ayam/ikan/daging... sedikit pun sudah memadai.

Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshakes)

Makan Malam
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..
nasi +lauk..memadai dengan kuantiti yang sedikit..tak perlu byk2)..mkn vitalea 1 biji lagi

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas

RULES
Lakukan senaman sehari 10 minit paling kurang...tak perlu senaman berat.. memadai angkat botol air mineral yg 500ml tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkat berat...angkat turun..skipping .. atau apa2 senaman utk bina muscle. Jangan makan junk food dan ikut jadual ni selama sebulan.

jom kita tengok apa khasiat mealshakes, vit B dan vitalea:


mealshakes - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.

vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

vit B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Pada yang nak mencuba jangan segan2..

Salam sayang dari ummi

JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Wednesday, January 15, 2014

HEALING CRISIS (part 2)


Assalamualaikum
Ok masih berkisarkan tentang healing crisis @ krisis penyembuhan.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, kita sepatutnya telah merasai perbezaannya.

Sebagai contoh:
  • Tenaga bertambah
  • Pergerakan sistem usus yang lebih baik
  • Pembuangan air besar bertambah lancar
  • Kulit bertambah lembap
  • Dan lain-lain kesan yang positif.

Namun jika kita TIDAK MERASAI PERUBAHAN, jom kita semak kembali adakah kita:
  • Tidak mengamalkan vitamin setiap hari (Tidak konsisten, kejap makan, kejap tidak)
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan.
  • Pengambilan air kosong yang kurang.
  • Takut kepada krisis penyembuhan lalu terus berhenti mengambil vitamin.
  • Pemakanan seharian yang tidak teratur dan sempurna serta gaya hidup yang tidak sihat.
  • Mengalami masalah emosi.
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh lebih panjang untuk sembuh.

Satu perkara yang ingin ummi kongsikan di sini, sudah menjadi amalan masyarakat hari ini,
"bila sudah sakit baru mahu mencari penawar". Ini tidak boleh diaplikasikan pada supplemen natural atau semulajadi. Ini kerana supplemen bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi untuk menjaga tubuh badan kita dari serangan penyakit. Usaha mana yang mampu, selebihnya Allah yang menentukan. Adalah lebih baik kita mengamalkan vitamin ini sewaktu kita masih sihat agar dapat mengelakkan penyakit yang lebih kronik.
 
Salam sayang dari ummi
 
JomUbahUntukSihat
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Thursday, January 9, 2014

SHAKLEE UNTUK PERMATA HATI

Assalamualaikum.....
Sahabat- sahabat semua,
Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...
 
  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKES & OMEGAGUARD.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKES / VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD & CHEWABLE VITA-C.

MEALSHAKES


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak malahan untuk... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua.
 
 
OMEGAGUARD
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
 
 
CHEWABLE VITA-C
 
  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

 

 
 
VITA-LEA FOR CHIDREN
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B

JomUbahUntukSihat
 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271
 
ALLAH YA ALLAH
 
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**
 

 

HEALING CRISIS

Assalamualaikum
Kali ni ummi nak cerita pasal HEALING CRISIS. Apa itu HEALING CRISIS? Sebab ada yang tanya, apa kesan makan ubat ni? Oh ye! Sebelum tu, meh ummi betulkan term ubat kepada vitamin/suplemen. Shaklee adalah suplemen, bukan ubat. Ubat adalah sangat berbeza dengan suplemen. Suplemen adalah makanan kepada tubuh yang membantu memulihkan sistem tubuh secara perlahan, manakala ubat adalah untuk menghilangkan kesan penyakit, dan kesannya pantas.
 
 
Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • penat melampau
  • selalu mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala junkies dan toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa kesemua toksin tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, minumlah banyak air kosong bagi membantu badan menyingkirkan segala toksin. Ingat, sel-sel tubuh mengambil masa sekurang- kurangnya 90 hari untuk berubah atau bertindak balas.
 
*Bukan semua orang kena HEALING CRISIS ni. Bergantung pada tubuh seseorang.
 
kesimpulannya : jangan berhenti.teruskan.. insyaAllah kesannya terbaik!!!Niat kita untuk nak sihat insyaAllah akan dipermudahkan.
 
 
JomUbahUntukSihat
 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271
 
ALLAH YA ALLAH
 
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

BULAN PROMOSI ALFALFA



 
Assalamualaikum
Sahabat2 semua!!!
Bulan Januari 2014 bulan promosi Alfalfa.
jom order...cepat2!!!
jimattttttttttt........
 
JomUbahUntukSihat
 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
id Shaklee | 960271
ALLAH YA ALLAH
 
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**