Thursday, December 19, 2013

Thursday, November 28, 2013

Shaklee B-Complex

 
 
 
Shaklee B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Thursday, November 21, 2013

PANDUAN PENGAMBILAN VITAMIN

ATURAN

Vitamin Larut Air (B & C)

Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix (Calcium)

Seeloknya di ambil bersama produk tenusu seperti susu.Jadi pastikan kalsium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu kalsium lebih mudah untuk di serap.

Iron

Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap.

Zinc

Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebabkan loya.

Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

________________________________________________

YANG DILARANG!!!!!!!

Alfalfa + Vitamin E

Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Kalsium + Iron

Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Jadi perlu elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.

Alfalfa + GLA Complex

GLA Complex mempunyai vitamin E

Vitamins + Kafein

Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.


Pastikan apa yang kita ambil mengikut aturan yang betul.Kerana pengambilan dengan cara yang salah akan melambatkan keberkesanan vitamin.

 Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????





jom

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
 id Shaklee | 960271
 
ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

1. Selepas Breakfast : Vitamin2 yang memberi tenaga

· B-Complex
· Vita-Lea
· Vitamin C
· ESP/Cinch/Meal Shake

2. Selepas lunch : Selalunya lepas lunch, makan berat dan berlemak.. Jadi sebaik2nya ambil vitamin yang membantu menyerap lemak

· Vitamin E
· GLA
· Lecithin
· Omega

3. Selepas Dinner

· Lecithin
· Zinc (ini bukan ambil setiap hari, melainkan ada masalah rambut gugur, atau berpantang)
· Alfalfa

4. Sebelum Tidur

· Ostematrix
· ESP
· Herb-Lax

Lain-lain:

· Nutriferon seminggu sepeket, kecuali bila rasa nak demam atau sedang demam, boleh ambil hari2
· Meal Shake/ Cinch – sama waktu dengan ESP
· Vivix – Selepas makan

EXTRA TIPS :

Lecithin

Pada yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet / merendahkan Kolestrol,
ambil 2x slps breakfast, 2x slps lunch, 2x slps dinner beserta dengan 2@3 biji alfalfa.

Zinc

Seminggu 2 kali kecuali mereka yang mengalami masalah rambut serius.

Alfalfa

Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

Esp

Tidak boleh dibancuh dengan air panas

* Anda dinasihatkan minum sekurangnya 3 liter air masak sehari agar dapat membantu penyerapan supplemen secara berkesan. Anda mungkin mengalami healing crisis, atasinya dengan pengambilan air yang banyak.

* Bagi Muslim, pengambilan supplemen harus disertai dengan doa & tawakal kepada ALLAH.

* InsyaAllah semoga usaha diberkati, setiap yang berusaha pasti BERJAYA.


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????

jom

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
 id Shaklee | 960271 
ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

IBU MENYUSU LANGSING

Assalamualaikum.

Di zaman yang serba canggih ni, ummi sangat2 bersyukur kerana terdapat ramai ibu yang bekerjaya gigih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.Bertuahnya anak2 tersebut kerana mendapat khasiat yang TERBAIK.

Namun dek kerana kesibukan membuatkan ibu2 cepat letih.Bila emosi dan fizikal kurang stabil akan mengakibatkan pengeluaran susu semakin berkurang.Ada juga ibu2 yang mengeluh kerana berat badan semakin bertambah.

Di sini ummi nak share antara vitamin Shaklee yang boleh diambil oleh ibu menyusu yang nak langsing...Antara vitamin yang  dicadangkan ialah:
ENERGIZING SOY PROTEIN
manfaat utama:

  • awet muda- asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dll. pengambilan secara kerap kunci kepada awet muda
  • baik untuk hormon- kaya isiflavones membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • baik untuk prostat- memusnahkan radikal bebas dalam badan
  • kulit remaja- mengurangkan kedutan, percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  • pembekal tenaga- meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  • memekatkan susu.
ALFALFA COMPLEX
manfaat utama:

  • mencuci hati darah dan usus- mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati dan darah
  • melawan alahan- membaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
  • menyingkirkan lemak dan kolestrol- mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • melawan tumor
  • melegakan keletihan
LECITHIN
manfaat utama:

  • menyerap vitamin yang larut lemak- vitamin A, D, E dan K
  • melindungi hati- menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak
  • pemecahan lemak dan kolestrol- pembersih salur darah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
  • pelangsingan- menghalang obesity, mempercepatkan pembakaran lemak
  • meringankan sembelit- pelembut najis yang berkesan melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus
HERB-LAX
manfaat utama:

  • merangsang usus- percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang lama tersimpan dalam tubuh
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????
jom

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
 id Shaklee | 960271 
ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Monday, November 18, 2013

VIVIX






ESP




DOA APABILA TERTEKAN (STRESS)


DOA MURAH REZEKI


MANFAAT UTAMA GARLIC SHAKLEE

Assalamualaikum.Hari ni ummi nak share tentang manfaat utama GARLIC SHAKLEE.Jom kita tengok apa manfaatnya.

Manfaat Utama :


















1- MENGANDUNGI SPEARMINT - Mempertingkatkan sistem penghadaman
dan fungsi jantung.

2- MEMPERTINGKATKAN SISTEM PENGHADAMAN - Dengan formula
UNIKnya mampu menyelesaikan masalah seperti:KEMBUNG PERUT,
GASTRIK,KETIDAKHADAMAN.Garlic juga mampu menentang
bakteria H.Pylori dan menghalang ulster gastrik.

3- MENURUNKAN KOLESTROL - Menurunkan kolestrol LDL,trigliserid dan
Kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah,meningkatkan HDL
MELINDUNGI JANTUNG dan MENGHALANG STROK serta
penyakit KORONARI.

4- MENSTABILKAN GLUKOS - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

5- MENCEGAH KANSER - Membantu mengelak dan merawat KANSER
dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.

6- MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI - Kajian menunjukkan dengan
pengambilan 2-4 tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi.

7- MENGHALANG ALERGI - Mempertingkatkan penyakit yang berkaitan dengan
sistem imun seperti hidung yang sensitif,sinus,alergi,asthma,selsema dan hepatitis.

8- DETOKSIFIKASI - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan
pantas.Raksa ,Plumbum,dan Kadmium adalah logam toksik yg akan
menaikkan tekanan darah.Tambahan pula,garlic mampu melindungi sel-sel
darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

9- ANTIBIOTIK YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI - Garlic adalah ANTIBIOTIK
SEMULAJADI.
Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan
sistem imun tubuh,menghalang penyakit berjangkit seperti Selsema,Kulat
Kuman,Virus dan Yis Candida.


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????


jom

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**


Friday, November 15, 2013

3 Proses Untuk Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum. Yang nak kuruskan badan???Jom kita cuba cara Shaklee!!!!



3 Proses Untuk Menurunkan Berat Badan

1. BAKAR- Lemak boleh dibakar dengan mengambil Lecithin Shaklee dan Omega guard Shaklee. Apa beza makan lecithin dan omega guard?Omega guard membakar lemak lebih cepat berbanding Lecithin, walau bagaimanapun Lecithin menjadi pilihan ramai kerana harganya jauh lebih murah berbanding omega guard,murah2 pun bukan bererti tidak berkesan...ada yang berjaya turun berkilo-kilo dengan Lecithin.

2. BUANG/DETOX- Kenapa kena detox?detox adalah proses membersihkan usus dimana toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Lepas dinding usus dah bersih barulah nutrien2 dapat diserap dengan lebih baik.Alfalfa Shaklee dan Herblax Shaklee membantu kita untuk detox.Apa bezanya Alfalfa dan Herblax?Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu menyingkirkan lemak cuma Alfalfa disarankan kepada ibu-ibu yg sedang menyusukan,Herblax tidak digalakkan kepada mereka kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada baby.Herblax adalah julab semulajadi yang akan buat kita cepat rasa nak buang air besar,tetapi tak perlu risau,sehari cuma 2-3kali shj.Taklah seteruk seperti amalkan mnm teh kurus.

3. MEMBINA- Cinch Shake dan ESP adalah 2 supplemen yang memberi sumber protin kepada kita.Ia membina dan mengekalkan otot,mengelakkan kulit menjadi mengeleber.Protin juga membuatkan kita rasa kenyang.Ia meningkatkan metabolisma kita, diet keterlaluan akan memperlahan metabolisma,itu akan menyebabkan badan kita kejap naik kejap turun.
 
Tahukah
Minum ais boleh melambatkan proses menurunkan berat badan.sebabnya,,,bila kita makan,makanan tersebut akan melalui esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan dan akan berehat sebentar di esofagus.Jika kita minum ais selepas makan,lemak dlm makanan tadi akan membeku,ia akan perlahankan proses penghadaman. Bila lemak-lemak terbentuk didalam usus,ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan kita lemak berkumpul dan kita menjadi gemuk dan penyakit mudah menyerang.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????



jom

 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
  
ALLAH YA ALLAH
 
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Assalamualaikum..Hari ni ummi nak berkongsi satu lagi ilmu yang dapat kita manfaatkan.
Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Doa dan amalan dari perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
Mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Jom amalkan.

Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
1. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
 
2. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
3. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

5. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

6. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

8. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.....


>>>>>>> Minta, minta, minta dan teruskan meminta di samping kita berusaha<<<<<<<

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????




jom
 
sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
 
ALLAH YA ALLAH
**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**


 

Wednesday, October 30, 2013

7 KEBAIKAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE YANG UTAMA

Assalamualaikum. Ummi nak share satu lagi khasiat khazanah Shaklee. Kali ni ummi nak bercerita tentang khazanah Shaklee yg PALING HOT, PALING LARIS & YG TERHANGAT DI PASARAN.Tak lain tak bukan ESP Shaklee.Antara khasiat utamanya:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????
jom
 

sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim
 


 
ALLAH YA ALLAH


**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

SET IBU MENYUSU

Assalamualaikum. Hari ni ummi nak share tentang khazanah Shaklee untuk ibu yang menyusukan bayi.Terdapat banyak pilihan, ibu2 boleh pilih yang mana satu berkenan!!!



 
1. SET IBU MENYUSU B (SET ASAS)
  • Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)-120 biji
  • Vita-C (Sustained Release/Chewable)-180 biji / 90 biji
  • B-Complex-120 biji
  • Alfalfa Complex – 330 biji
2. SET IBU MENYUSU + KALSIUM
  • Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)-120 biji
  • Vita-C (Sustained Release/Chewable)-180 biji / 90 biji
  • B-Complex-120 biji
  • Alfalfa Complex – 330 biji
  • Ostematrix – 120 bij
3. SET IBU MENYUSU 3M (Making More Milk)
  • Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)-120 biji
  • Vita-C (Sustained Release/Chewable)-180 biji / 90 biji
  • B-Complex-120 biji
  • Alfalfa Complex – 330 biji
  • Ostematrix – 120 biji
  • Energizing Soy Protein (ESP) – 850g
4. SET MILK BOOSTER
  • Alfalfa Complex – 330 biji
  • Energizing Soy Protein (ESP) – 850g
NAK HARGA MURAH? Boleh boleh. Tiada masalah.
 
Kalau tak nak amik set, hanya nak ambil vitamin-vitamin tertentu sahaja pun boleh. Tiada masalah, jom hubungi ummi untuk tahu apa yang sesuai untuk anda.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee dan dapatkan konsultansi percuma dari ummi????
 
jom
 


sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Tuesday, October 29, 2013

ALAHAN IBU HAMIL

Assalamualaikum.
Hari ni ummi nak share tentang satu lagi khazanah dari Shaklee.Masih berkisarkan tentang ibu hamil.Jom kita baca.....

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasanya berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan merasa sedikit pening dan muntah, namun ada juga akan merasainya sepanjang hari. Setiap alahan berbeza kepada individu namun ada juga wanita yang sangat beruntung kerana tiada alahan langsung.

Supplement yg boleh membantu mengurangkan “Morning Sickness”


1.Peppermint-Ginger Plus

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise, Peppermint-Ginger Plus dapat membantu anda seperti berikut:
 
- Melegakan senak perut
- Membantu proses penghadaman
- Menyamankan perut
- Mengurangkan mual dan muntah
- Membuang angin dalam badan
- Mengurangkan sakit gastrik
- Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)


Peppermint-Ginger Plus boleh digunakan oleh ibu mengandung terutamanya di awal kehamilan di mana kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami morning sickness yang teruk.Supplement ini membantu mengurangkan kesan morning sickness



2.Performance Drink

- Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan
 >>Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
 >>Menggantikan air yang hilang akibat muntah.
 >>Meningkatkan daya tahan otot.

- Mengurang Dehidrasi @ ‘kekurangan air yang banyak dalam badan’.

Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.

Pada yang ingin mencuba jangan malu jangan segan.Nak dapatkan maklumat tentang produk Shaklee yang lain????

jom



sms | 0194548276
email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
fb | Siti Aishah Ibrahim

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Wednesday, October 16, 2013

VITAMIN IBU HAMIL

Kali ni ummi nak share vitamin yang boleh diambil dan TIDAK BOLEH DIAMBIL oleh ibu hamil.

Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu ELAKKAN adalah;
  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
Banyak juga yang tidak boleh ambil !!ini kerana vitamin-vitamin di atas adalah bersifat antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon. Ada juga yang bersifat panas seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix. Jadi memang tidak digalakkan untuk ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan dari memberi kesan yang kurang baik pada baby. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil, anda perlulah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada Doktor terlebih dahulu. Mereka lebih arif untuk menentukan setiap keperluan tubuh badan anda. Di sini, ummi senaraikan vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk anda ibu-ibu mengandung.
 


  • ESP : Protein soya untuk mebekalkan tenaga dan baiki sel-sel rosak. Soya non-GMO ni sangat bagus dan rasanya juga sedap. Ramai customer yang 'declare' kulit baby jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.

  • B Complex : Kandungan asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi.
  • Vitamin C : penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Perubahan hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya. Walapun Vitamin juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak lah setinggi Vitamin E dan A. Boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung.
  • Vitalea with iron formula : mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformualsikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah. Bagi sesiapa yang mengalami masalah low Hb, sangatlah digalakkan pengambilan Vitalea ini.
  • Ostematrix : Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby. Kerana itulah badan sering saring, gigi rosak dan lain-lain lagi. Yang paling penting masa nak meneran baby keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sampai bagi effect pada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.
  • Omega Guard : Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan otak bayi. 




  •  jom
    sms | 0194548276
    email | sitiaisyahibrahim@gmail.com
    fb | Siti Aishah Ibrahim

    ALLAH YA ALLAH

    **kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

    TANDA-TANDA PENYAKIT PADA DIRI KITA

    TANDA-TANDA PENYAKIT PADA DIRI KITA

    Tanda sakit yang selalu kita rasakan pada tubuh badan kita ada hubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita :-

    1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

    i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
    Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
    ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
    iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
    iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
    v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

    2. HIDUNG
     
    Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
    i) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
    ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.iii) Bersin :
    a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

    3. BATUK

    i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
    iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

    4. KERONGKONG

    i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
    ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

    5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

    i) Bibir pucat
    a. Sistem penghadaman yang lemah.
    b. Perut mengandungi angin.
    c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

    6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

    i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
    ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

    7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

    i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
    ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

    8. KULIT Berpeluh :

    i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
    ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

    9. RUAM DAN BISUL :

    Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

    10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

    Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

    11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

    Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

    12. RAMBUT GUGUR :

    Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

    13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

    a) Sakit sakit Sendi
    i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
    ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
    iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
    b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
    c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
    d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
    e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
    f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
    g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
    h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

    14. TANDA-TANDA DALAMAN

    a) Kepala.
    Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
    b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
    Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
    c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
    i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
    d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
    e) Bisul Terjadi di Kepala
    Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

    15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

    a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    b) Muntah Darahi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

    16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

    17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

    Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

    18. KENCING

    a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

    19. BUANG AIR BESAR
    a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
    b) Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    c) Najis Berdarah
    i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
    ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    d) Najis Berwarna Hitam
    : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

    20. BADAN

    a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

    iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

    b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
    c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
    d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

    21. RASA TAKUT MENGEJUT

    Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

    22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

    23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

    24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

    i) Sistem jantung yang lemah.
    ii) Sistem saraf otak yang lemah.
    iii) Masalah pengaliran darah.

    25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

    Sukar untuk bernafas atau termengah- mengah ketika bernafas.
    Salah satu tanda- tanda pertama kanser paru- paru yang harus diingat oleh pesakit adalah kesukaran mereka untuk bernafas. Malah kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah- mengah.
    Batuk kronik atau sakit dada.
    Beberapa jenis kanser termasuklah leukemia dan tumor paru- paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronchitis. Satu cara untuk membezakannya adalah apabila masalah itu berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya tetap sama. Sesetengah pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.

    Kekerapan demam atau mengalami jangkitan.
    Perkara yang disebutkan ini boleh merupakan tanda- tanda penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel darah yang bermula dalam tulang sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan leukemia terhadap orang dewasa selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan dan gejala- gejala seperti selesema dalam jangka masa yang panjang.


    Kesukaran untuk menelan makanan.
    Masalah ini selalunya berkait rapat dengan kanser tekak. Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda- tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru- paru.

    Nodus limfa membengkak atau wujudnya benjolan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
    Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadangkala adalah tanda- tanda penyakit kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah leher, ketiak, atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda awal leukemia.

    Lebam melampau atau pendarahan yang tidak terhenti.
    Gejala- gejala ini selalunya menandakan perkara tidak normal berlaku terhadap platelet dan sel- sel darah merah. Ia juga adalah tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh berlaku di tempat- tempat luar biasa seperti pada jari- jari dan tangan, dan juga tompok- tompok merah pada muka, leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada gusi juga boleh berlaku.

    Lemah dan lesu
    Lesu dan lemah adalah gejala- gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga boleh bergabung dengan gejala- gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya, segera bertemu dengan doktor.

    Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal .
    Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba- tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.

    Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.
    Salah satu tanda kanser ovari adalah tidak ada selera makan dan tidak boleh makan walaupun mereka masih belum makan.

    kredit kpd/ sumber : http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2012/05/tanda-tanda-penyakit-pada-diri-kita.html